Sungai disusur sehari-hari,
Dalam gelap menangkap ikan,
Kami menyusun sepuluh jari,
Salah dan silap harap maafkan.
Dalam gelap menangkap ikan,
Kami menyusun sepuluh jari,
Salah dan silap harap maafkan.
Disisir diandam dengan cekap,
Potong rambut pelbagai gaya,
Puasa sebulan sudahlah lengkap,
Kita menyambut Hari Raya.
Potong rambut pelbagai gaya,
Puasa sebulan sudahlah lengkap,
Kita menyambut Hari Raya.
Adik tersayang segak bergaya,
Mengait kuih di atas para,
Suasana riang di hari raya,
Bermaaf-maafan riang gembira.
Mengait kuih di atas para,
Suasana riang di hari raya,
Bermaaf-maafan riang gembira.
Menyeberang lautan melintas negeri,
Terbang jauh dari Itali,
Datuk nenek muka berseri,
Anak cucu telah kembali.
Terbang jauh dari Itali,
Datuk nenek muka berseri,
Anak cucu telah kembali.
Memukul gendang pelbagai gaya,
Amat meriah riang gembira,
Ramai bertandang di hari raya,
Tersenyum riang sanak saudara.
Amat meriah riang gembira,
Ramai bertandang di hari raya,
Tersenyum riang sanak saudara.
Kepada semua umat Islam,Shahnaz ingin ucapkn Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri..Kalau Shahnaz pernah buat silap,minta dimaafkan..Kepada kwn-kwn Shahnaz yg balik kg tu,semoga selamat dlm perjalan ke desa halaman..Lastly,take care okay?KBAII...[:


No comments:
Post a Comment